Tuesday, August 11, 2026
HomeSUKANJuan Muniz Ucap Selamat Tinggal Kepada JDT

Juan Muniz Ucap Selamat Tinggal Kepada JDT

JOHOR BAHRU – Selepas tiga tahun menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT), pemain kelahiran Sepanyol, Juan Muniz meninggalkan kelab juara Liga Super 11 musim berturut-turut itu.

Berita perpindahan pemain itu disahkan oleh kelab Harimau Selatan menerusi Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers.

Muniz memainkan watak penting ketika membantu pasukan memenangi kejuaraan quadruple (empat piala) semusim pada musim lalu.

“Kelab Bolasepak JDT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Juan Muniz atas komitmen dan dedikasi penuh beliau sepanjang tiga musim bersama kelab.

“Muniz juga merupakan sebahagian daripada skuad JDT yang mencipta sejarah meraih empat kejuaraan tanpa kalah untuk tiga musim berturut-turut, menjadikan jumlah kejuaraan yang dimenanginya sebanyak 12 piala,” katanya menerusi hantaran di Facebook Johor Southern Tigers.

Muniz yang menyertai Harimau Selatan pada permulaan musim 2023, telah membuat 73 penampilan, mencatatkan 32 bantuan gol (assist) dan menjaringkan 25 gol.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MITRA Menyalurkan RM6.7 Juta, Perkasa Pendidikan Dan Ekonomi Masyarakat India

0
PUTRAJAYA, 11 Ogos 2026 – Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda pembangunan sosioekonomi masyarakat India dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.7 juta berjaya disalurkan untuk melaksanakan...

CATEGORIES