Tuesday, September 22, 2026
HomeBERITASaringan Air Kencing, Papan Tanda 'Tidak Pada Dadah' Antara SOP Konsert

Saringan Air Kencing, Papan Tanda ‘Tidak Pada Dadah’ Antara SOP Konsert

KUALA LUMPUR: Laporan patologi mengesahkan punca kematian tiga pengunjung konsert Pinkfish Countdown 2024 di Bandar Sunway, Selangor berpunca pengambilan dadah jenis perangsang.

Punca kematian seorang lagi mangsa maut tidak dapat disahkan buat masa ini berikutan masih menunggu laporan patalogi.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim mengesyorkan ujian air kencing dijadikan antara prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak pengambilan dadah ketika konsert di negeri berkenan.

“Kita mahu perketatkan SOP dan bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana apabila lesen atau permit diberikan, kita mahu pastikan penganjur betul-betul membuat pemeriksaan.

“Jadi, selepas ini mungkin pemeriksaan urin sebagai antara SOP terhadap pengunjung dan syor ini antara yang akan dibawa dalam mesyuarat kerajaan negeri.

“Kita tidak mahu orang yang menyalahgunakan dadah atau penagih dadah dibenarkan masuk ke mana-mana konsert,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Polis Selangor mencadangkan papan tanda atau plakad ‘Tidak Pada Dadah’ diletakkan pada laluan masuk ke tempat konsert sebagai syarat permit permohonan penganjuran konsert di negeri berkenaan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia antara syor yang dikemukakan pihaknya kepada kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai usaha membendung pengambilan dadah dalam acara hiburan.

“Ini secara tidak langsung diharap dapat mengekang penggunaan dadah dalam mana-mana konsert.

“Cadangan ini akan diletakkan di dalam syarat-syarat permit bagi penganjuran acara hiburan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan,” katanya pada sidang media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kawalan Masuk Wisma Negeri Diperketat, Petugas Media Perlu Ada Surat Kebenaran

0
SEREMBAN - Pengamal media tidak dibenarkan memasuki Wisma Negeri hari ini susulan pengumuman Istana Negeri Sembila bahawa Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku MUnawir...

CATEGORIES