Tuesday, April 22, 2025
HomeSUKANEPL: Penyokong Bantah Kenaikan Harga Tiket

EPL: Penyokong Bantah Kenaikan Harga Tiket

MANCHESTER – Pihak pengurusan Manchester United membuat keputusan untuk meningkatkan harga tiket perlawanan melibatkan pasukan itu sebanyak lima peratus lagi untuk tahun ketiga berturut-turut bagi memastikan kewangan mereka lebih stabil.

Bagaimanapun, kumpulan peminat tegar United yang dikenali sebagai Manchester United Supporters Trust (MUST) menyelar keputusan yang dilakukan tersebut dan kecewa apabila tuntutan mereka supaya harga tiket dikekalkan seakan tidak dilayan oleh kelab.

Selepas memiliki saham United, Sir Jim Ratcliffe dan syarikatnya, Ineos cuba untuk meningkatkan kestabilan kewangan kelab dengan melakukan beberapa keputusan yang tidak popular sehingga berdepan protes daripada peminat ketika perlawanan menentang Arsenal.

Antara perubahan yang mendapat tentangan peminat adalah mereka pihak pengurusan mengkategorikan perlawanan dengan harga tiket berbeza apabila perlawanan yang dianggap premium bakal dikenakan harga yang lebih tinggi.

Selain itu, kadar minimum penggunaan pas bermusim juga ditingkatkan daripada 15 perlawanan ke 16 perlawanan sepanjang 19 aksi di laman sendiri sekali gus menyebabkan peminat dikenakan bayaran tambahan.

“Sejak beberapa bulan lalu kami mengemukakan bantahan dan meminta kelab untuk melihat gambaran lebih besar serta mengekalkan harga tiket musim depan dan kami sudah menghantar mesej yang jelas,” menurut kenyataan dikeluarkan MUST.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Remaja Perempuan 14 Tahun Dibaham Singa

0
NAIROBI - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut di kawasan pinggir ibu negara Kenya, selepas diserang seekor singa yang dipercayai terkeluar dari habitatnya...

CATEGORIES