Friday, July 24, 2026
HomeHIBURAN'Semangat Hilang, Diganggu, Saya Berubat Jumpa Ustaz' – Bunga

‘Semangat Hilang, Diganggu, Saya Berubat Jumpa Ustaz’ – Bunga

BUKAN sengaja, bukan juga kerana risau kalau populariti semakin hilang menyebabkan penyanyi hip hop, Bunga, mengambil keputusan merahsiakan berita perkahwinannya suatu masa dahulu.

Mengimbau kembali detik itu, Bunga akhirnya mendedahkan sebuah rahsia yang disimpan lama iaitu menghadapi sebuah sakit misteri di ambang perkahwinannya bersama suami yang juga komposer, Amzar Sabri.

Tidak mendedahkan secara terperinci mengenai sakit yang dihadapi, pemilik nama sebenar Noor Ayu Fatini, 26, itu bertemu ustaz untuk merawat sakit misterinya itu sekali gus berbincang dengan keluarga terdekat untuk mengadakan perkahwinan secara tertutup.

“Masa itu kalau mahu kongsi kepada umum pun, saya pun tidak tahu sedang sakit apa waktu itu. Apa yang saya boleh cakap, ia mengganggu mental. Semangat saya juga makin lemak sebab hari-hari ada gangguan dekat rumah.

“Ketika itu memang saya sangat tidak okay dari segi emosi, mental dan hati. Sebab itu kita selesaikan semuanya satu persatu.

“Suami saya banyak bertolak ansur, kami bincang berdua sebab dia pun terkena juga perkara ini. Selepas berbincang dengan keluarga, mereka akhirnya putuskan untuk buat semuanya secara tertutup,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sebelum ini, Bunga pernah berkongsi kucing peliharaannya mati tiba-tiba selain sering bermimpi aneh seperti dikejar sesuatu di dalam hutan serta.

Tambah penyanyi Buai itu, selepas bergelar isteri pda 2023, mereka berpindah ke sebuah rumah baharu untuk memulakan hidup bersama. Selepas gangguan semakin menghilang, barulah penyanyi itu berani untuk mengumumkan pernikahan mereka kepada umum setahun selepas itu.

“Memang ramai yang terkejut bila kami maklumkan sudah berkahwinan. Tapi itu sahajalah.

“Kami tidak boleh buat apa-apa sebab keadaan pada waktu itu tidak mengizinkan kami untuk berkongsi berita gembira itu. Bila saya dan suami sudah reda dan keadaan makin baik baru boleh buka cerita,” katanya yang berkahwin dalam satu majlis kecil-kecilan pada 14 Oktober 2023.

Hasilkan Termenung dalam hutan
Bagi menghadapi gangguan di awal perkahwinan mereka, dia dan suami pernah melarikan diri berkhemah di dalam hutan untuk berbual dan mencari semangat mengharungi hari mendatang.

Ujar Bunga, ketika itulah mereka berdua menghasilkan lagu ‘Termenung’ yang menjadi janji untuk bersama mengharungi alam rumah tangga bersama-sama.

Bagaimanapun, lagu tersebut baru dapat disiapkan sepenuhnya dan diperdengarkan kepada khalayak pada tahun ini.

“Sebenarnya dalam hati ini nak bagi tahu sahaja media, tapi tidak boleh. Dalam ketika semua itu terjadi, saya dan suami cari tempat untuk ‘healing’ jadi kami pergi berkhemah dalam hutan buat pertama kalu.

“Dekat situ kami berbual dari hati ke hati, sebab ada banyak perkara dan masalah kami berdua simpan tidak boleh cerita dekat orang. Kami tengok bintang dan tak sengaja buat lagu ‘Termenung’,” katanya.

Tiga tahun melayari bahtera rumah tangga, Bunga bersyukur kerana dia dan suami tidak lagi diuji dengan pengalaman misteri cuma sesekali ada yang bertanya soal cahaya mata.

“Alhamdulillah dugaan sekarang di bahagian lain iaitu kewangan. Tidak ada pergaduhan besar. Mungkin cabaran lain anak, belum ada razeki tapi sudah berusaha.

“Tapi kami tidak ambil besar soalan orang jika bertanya. Kami berdua gembira boleh mengembara sana sini,” katanya.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Itu Adalah Yang Pertama Dan Terakhir Saya Bawakan Bila Kau Tiada’

0
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Syamel, 32, mengakui tidak mudah untuk dia membawakan lagu Bila Kau Tiada yang dihasilkan olehnya sekitar empat tahun lalu. Menurut Syamel atau...

CATEGORIES