Sunday, July 26, 2026
HomeHIBURAN‘Ada Tawaran Filem Saya Balik’ – Ben Amir Jadi Orang Filipina

‘Ada Tawaran Filem Saya Balik’ – Ben Amir Jadi Orang Filipina

PETALING JAYA – Perkongsian disalaherti, pelakon Ben Amir bukan mahu bersara daripada dunia lakonan, sebaliknya hanya berehat seketika selepas mengambil keputusan menetap di sebuah pulau peranganinan, Pulau Siargao, Filipina.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 34, berkata dia masih sedia pulang ke tanah air jika ada sebarang tawaran membabitkan pembikinan filem.

“Saya belum mahu berhenti berlakon dan tiada perancangan untuk meninggalkan lapangan seni.

“Buat masa ini saya cuma nak berehat sekejap serta dalam fasa melakukan perkara lain.

“Malah kalau ada tawaran untuk filem, baharu saya akan balik. Saya nak fokus untuk filem sahaja selepas ini,” katanya.

Sebelum ini perkongsian pelakon filem Rebel itu mengenai kehidupan baharunya di pulau peranginan tersebut mengundang kejutan.

Menerusi video dalam saluran YouTube miliknya, Ben mengakui mempunyai pelbagai perancangan yang ingin direalisasikan di sana.

Selain merancang membina sebuah kediaman, dia turut berhasrat memulakan perniagaan berkaitan tempat percutian.

Rata-rata peminat menyangka Ben enggan lagi terbabit dalam arena lakonan kerana ingin fokus terhadap kehidupan di negara orang.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES