Tuesday, July 21, 2026
HomeBERITA‘Suruh Turunkan Lagi Harga Minyak, Siapa Yang Hendak Membayarnya?’

‘Suruh Turunkan Lagi Harga Minyak, Siapa Yang Hendak Membayarnya?’

BANGI – Kerajaan tidak boleh menurunkan harga minyak sewenang-wenangnya dan dalam keadaan sama, perlu menampung kira-kira RM40 bilion setahun bagi subsidi petrol dan diesel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa ini, harga petrol di Arab Saudi mencecah sekitar RM2.40 hingga RM2.5O selitar dan negara tersebut merupakan antara pengeluar petroleum terbesar dunia serta mempunyai kapasiti pengeluaran yang besar.

“Tentang harga minyak, saya tengok dalam media sosial orang kata, ‘Anwar tak turun harga minyak’. Saya pun tidak faham. Ada yang kata harga sepatutnya turun sehingga 50 sen.

“Saya kata, ketika cadangan itu dibuat dahulu, harga petrol di Arab Saudi sekitar 50 sen seliter. Malaysia pula masih mengimport hampir 50 peratus keperluan petroleum kita, tetapi kita masih dapat menjual petrol pada harga RM1.90 seliter.

“Alhamdulillah. Tahukah saudara berapa subsidi yang kerajaan tanggung setiap tahun bagi petrol dan diesel? RM40 bilion setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara dengan warga perkhidmatan awam zon tengah di Universiti Islam Selangor di sini, hari ini.

Anwar berkata, sekiranya harga minyak diturunkan lagi, kerajaan terpaksa menanggung lebih banyak hutang negara.

“Setiap kali saudara mengisi minyak, terdapat suntikan subsidi daripada kerajaan. Keseluruhannya mencecah RM40 bilion setahun untuk petrol dan diesel.

“Orang boleh kata suruh turunkan lagi harga minyak. Tetapi siapa yang hendak membayarnya? Saya tidak mahu terus menambah hutang negara,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sejarah Tercipta! Robot Humanoid Buat Pembedahan,Pertama Di Dunia

0
TEKNOLOGI robot humanoid kini semakin berkembang pesat dan mula memainkan peranan penting dalam bidang perubatan, khususnya bagi membantu doktor menjalankan prosedur pembedahan. Dengan gabungan kemampuan...

CATEGORIES