Monday, September 7, 2026
HomeBERITA4 Beranak, 2 Malim Gunung Hilang Ketika Daki Gunung Trans Gerah

4 Beranak, 2 Malim Gunung Hilang Ketika Daki Gunung Trans Gerah

GUA MUSANG: Empat beranak antara enam dikhuatiri hilang ketika mendaki Gunung Trans Gerah di Hutan Simpan Kekal Lojing, di sini, beberapa hari lalu.

Difahamkan selain suami isteri dan dua anak mereka, dua yang dilapor hilang membabitkan malim gunung.

Menurut sumber, kumpulan itu memulakan pendakian 29 Ogos lalu dan dijangka turun Khamis di Pos Kemar, Perak.

Bagaimanapun sehingga kini mereka gagal dihubungi, dengan satu laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang berkenaan kejadian itu.

“Difahamkan kali terakhir ahli keluarga dapat menghubungi salah seorang pendaki itu pagi 1 September lalu dan dimaklumkan mereka berada dalam keadaan sihat dan selamat.

“Namun selepas itu mereka gagal dihubungi sehinggalah laporan polis dibuat kerana bimbangkan keselamatan mereka,” katanya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan menerima laporan kehilangan itu dan kini berhubung dengan agensi seperti Jabatan Hutan.

“Kemungkinan besar kumpulan ini sudah melepasi sempadan Kelantan menuju ke Pos Kemar,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Letusan Anak Krakatau Jejas 170,000 Penumpang, 8 Lapangan Terbang Ditutup

0
JAKARTA - Lapan lapangan terbang di Indonesia masih ditutup setakat awal pagi Isnin susulan penyebaran abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau ,...

CATEGORIES