Tuesday, July 21, 2026
HomeHIBURAN'Kami Terpaksa Terima Keadaan Itu' – Sam Bunkface

‘Kami Terpaksa Terima Keadaan Itu’ – Sam Bunkface

KUALA LUMPUR: “Tiket dia orang bukan murah.”

Demikian kekecewaan diluahkan vokalis kumpulan Bunkface, Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam mengenai lambakan konsert antarabangsa yang dianjurkan kebelakangan ini.

Sam berkata disebabkan itu, peminat tidak mempunyai wang untuk memberi sokongan kepada konsert yang dianjurkan artis tempatan.

“Seperti yang anda semua maklum, banyak acara antarabangsa. Tiket diorang bukan murah.

“Jadi apabila segelintir peminat kami beli tiket mereka, minggu seterusnya nak tengok bunkface sudah takde dui.

“Tapi kami terpaksa terima keadaan itu,” kata Sam ketika berucap sempena Konsert Indiescovery yang berlangsung Sabtu lalu.

Konsert Indiscovery yang berlangsung di Zepp Kl menampilkan empat band indiependent ikonik dan ternama termasuk Butterfingers, Bittersweet, Masdo dan Bunkface.

Masdo membuka tirai konsert dengan lagu Lautan Asmara, Begini Jadinya, Janji Manis, Esokkan Ada Lagi, Dinda dan Bercanda Di Malam Indah serta lagu terbaharunya, Teristimewa.

Bittersweet tampil bertenaga menerusi persembahan lagu Controll, Kuncing Hitam dan beberapa lagi lagu hits mereka.

Seterusnya Butterfingers memilih untuk meneruskan persembahan dengan lagu Girl Friday, Skew, E, Still River, Love dan Delirium.

Di akhir konsert, Bunkface tampil dengan Panik, Dunia, Ekstravaganza, Rentak Laguku, Darah Muda, Situasi dan Revolusi.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sejarah Tercipta! Robot Humanoid Buat Pembedahan,Pertama Di Dunia

0
TEKNOLOGI robot humanoid kini semakin berkembang pesat dan mula memainkan peranan penting dalam bidang perubatan, khususnya bagi membantu doktor menjalankan prosedur pembedahan. Dengan gabungan kemampuan...

CATEGORIES