Friday, July 24, 2026
HomeHIBURANAtilia Haron Terharu, Peminat Sanggup Hulur RM20,000 Untuk Konsert

Atilia Haron Terharu, Peminat Sanggup Hulur RM20,000 Untuk Konsert

Penyanyi, Atilia Haron meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila ada peminat sanggup menghulurkan RM20,000 bagi membantu menjayakan Atilia Haron In Concert yang bakal berlangsung pada 19 September ini.

Berkongsi mengenai perkara itu, Atilia berkata pasangan suami isteri itu pada mulanya mahu membeli tujuh tiket konsert, namun tanpa disangka mereka menyerahkan wang berjumlah RM20,000 sebagai tanda sokongan terhadap perjalanan karier seninya.

“Peminat ini merupakan suami isteri ini kata mahu membeli tujuh keping tiket dan mereka beri RM20,000.

“Kemudian mereka bertanya mahu duduk di mana. Saya kata nak duduk atas pentas pun boleh. Saya ada peminat sebegitu. Peminat saya tidak ramai tetapi mereka setia.

“Kesetiaan mereka membuatkan saya rasa mahu terus mengadakan konsert. Pasangan ini hadir ke show saya daripada dulu sampai sekarang.

“Saya sangat sangat menghargai peminat dan disebabkan itu juga saya akan lakukan yang terbaik untuk konsert ini,” katanya.

Atilia berkata demikian ketika ditemui di sidang media Atilia Haron In Concert di The Campus Ampang, pada Khamis.

Atilia Haron In Concert bakal berlangsung di Robert’s Theatre, The Campus Ampang, pada 19 September depan.

Persembahan berdurasi 90 minit itu bakal menghimpunkan lebih 40 lagu daripada katalog muziknya menerusi susunan baharu, karya terkini serta beberapa duet istimewa yang mencerminkan sisi peribadi dan kreatifnya.

Konsert ini juga akan diserikan lagi dengan penampilan kumpulan muzik tersohor dari Indonesia, SORE Ze Band, yang bukan sahaja tampil sebagai artis jemputan, malah turut memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju artistik konsert ini.

Tiket terbahagi kepada empat kategori iaitu:

Prahara (RM248, Tempat Duduk Kuning) menawarkan pengalaman paling eksklusif dengan sesi Meet & Greet bersama Atilia Haron

Prahara (RM228, Tempat Duduk Merah) membolehkan penonton menikmati persembahan dari jarak yang lebih dekat.

Indah (RM188, Tempat Duduk Biru) dan Sangkar (RM168, Tempat Duduk Hijau) menawarkan pengalaman tontonan yang selesa mengikut pilihan penonton.

Tiket kini boleh didapati di https://myticket.asia/events/atilia-haron-in-concert/

Sumber – Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Jangan Salah Jalan Ambil Dadah’ – Vince Dedah Hidap Bipolar

0
PETALING JAYA – Juara Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Vince Chong mendedahkan disahkan menghidap gangguan bipolar tahap 2 yang hanya disedari selepas seorang ahli...

CATEGORIES