Sunday, June 15, 2025
HomeSUKANEPL: Amorim Praktik Formasi Kegemaran

EPL: Amorim Praktik Formasi Kegemaran

MANCHESTER – Pengendali baharu Manchester United, Ruben Amorim memulakan tugas pertamanya dengan mengendalikan sesi latihan pertama bersama pasukan itu selepas dilantik secara rasmi pada 11 November lalu.

Bagaimanapun, Amorim belum mendapat skuad lengkap United pada sesi latihan berkenaan ketika ramai pemainnya masih menjalani tugasan antarabangsa bersama pasukan kebangsaan masing-masing.

Namun, beberapa pemain bintang seperti Marcus Rashford, Kobbie Mainoo, Casemiro, Luke Shaw dan Leny Yoro menyertai sesi berkenaan semalam dengan beberapa latihan melibatkan tahap kecergasan dan perlawanan ujian dijalankan.

Sesi berkenaan mula memperlihatkan Amorim menggunakan formasi kegemarannya 3-4-3 yang digunakan dalam sebahagian besar daripada 231 perlawanan yang dihadapi ketika membimbing Sporting Lisbon sebelum ini.

Beberapa klip video yang dimuat naik di laman sosial kelab tersebut menunjukkan Amorim menggunakan khidmat Yoro, Jonny Evans dan Shaw sebagai tiga pemain pertahanan tengah utama.

Selain itu, Antony, Casemiro, Mainoo dan Tyrell Malacia sebagai pemain tengah, manakala khidmat tiga penyerang dibarisi Amad Diallo, Marcus Rashford dan Mason Mount ketika aksi menentang pemain muda United.

Amorim bakal membuat debut sebagai pengurus United apabila bakal berdepan Ipswich Town di Portman Road awal pagi Isnin ini sebelum beraksi menentang Bodo pada aksi Liga Europa empat hari kemudian.

Sumber – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nahas Air India: ‘Saya Tidak Tahu Bagaimana Boleh Terselamat’

0
NEW DELHI – Seorang lelaki Britain menjadi individu tunggal terselamat dalam nahas penerbangan Air India membawa 242 orang yang terhempas sejurus selepas berlepas di...

CATEGORIES