Thursday, November 12, 2026
HomeHIBURANA Aida Tak Mahu Kehilangan Anak Disebabkan Sikap Mengongkong

A Aida Tak Mahu Kehilangan Anak Disebabkan Sikap Mengongkong

KUALA LUMPUR – Tidak mahu sikap terlalu mengawal menjadi punca hubungan dengan anak renggang, penerbit Datuk A. Aida memilih untuk memberi kebebasan kepada puteri keduanya, Azeva, dalam menentukan pilihan hati dan teman dalam kehidupannya.

A Aida berkata, sebagai ibu, dia perlu belajar menerima keputusan anak-anak yang semakin dewasa, termasuk dalam soal persahabatan dan individu yang menjadi pilihan mereka.

Malah, penerbit filem Bisikan Nafsu itu menegaskan, dia tidak mempunyai masalah sekiranya Azeva berkawan dengan sesiapa sahaja, asalkan anaknya itu gembira.

“Untuk puteriku Azeva, mama okey saja awak nak berkawan dengan sesiapa, janji awak gembira, saya pun gembira,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Menurut A Aida, ibu bapa perlu menyedari bahawa mereka tidak lagi boleh mengawal setiap keputusan anak-anak, sebaliknya harus memberi ruang kepada mereka untuk menentukan hala tuju kehidupan sendiri.

Katanya, meskipun ibu bapa mungkin mempunyai pandangan dan pilihan tersendiri, mereka perlu menghormati keputusan anak-anak yang semakin matang.

“Ibu kena belajar menerima walaupun mungkin bukan pilihan hati kita.

“Anak-anak dah semakin dewasa, kita tak boleh lagi mengawal setiap keputusan dan pilihan mereka.

“Kita boleh menasihati, membimbing dan mendoakan, tetapi jangan sampai kerana terlalu mahu mengawal, akhirnya kita kehilangan anak sendiri,” katanya.

A Aida turut mengingatkan ibu bapa bahawa anak-anak bukan untuk dikawal sepanjang hayat, sebaliknya perlu dibimbing sehingga mereka mampu membuat keputusan sendiri.

Baginya, peranan ibu bapa bukan untuk menentukan setiap langkah kehidupan anak, tetapi memastikan mereka sentiasa mendapat nasihat, sokongan dan doa dalam mengharungi perjalanan hidup.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sepanyol Desak TikTok Gantung Operasi Susulan Penyebaran Bahan Eksploitasi Kanak-Kanak

0
MADRID – Kerajaan Sepanyol mendesak platform media sosial TikTok supaya menggantung operasinya di negara itu sehingga kandungan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak di platform berkenaan...

CATEGORIES