Tuesday, April 21, 2026
HomeSUKANArsenal Mahu Lepaskan Nketiah

Arsenal Mahu Lepaskan Nketiah

LONDON – Arsenal menerima tawaran baharu dari Marseille untuk mendapatkan khidmat penyerang mereka, Eddie Nketiah sekali gus menjadikan perpindahan pemain itu keluar dari Emirates semakin menjadi kenyataan.

Biarpun sudah mendapatkan khidmat Mason Greenwood, wakil Ligue 1 Perancis itu yang kini dikemudi oleh Roberto Di Zerbi itu mahu terus memantapkan jentera serangan untuk memberikan cabaran musim depan.

Sebelum ini, Marseille pernah mendapatkan khidmat penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang sebelum pemain itu berhijrah ke Al-Qadsiah.

Marseille pernah membuat tawaran sebanyak £20 juta (RM120.94 juta), namun ditolak The Gunners yang mahu nilainya dinaikkan sekali ganda, tetapi perkembangan terbaharu menyaksikan Arsenal mungkin bersedia menerima nilai lebih rendah.

Ketika ini masih belum ada laporan mengenai nilai terbaharu yang bakal dikemukakan oleh Marseille, tetapi mereka masih menjadikan Nketiah sebagai sasaran utama dan pemain itu juga berminat untuk memulakan karier baharunya bersama kelab itu.

Laporan dari Perancis mendedahkan bahawa Nketiah semakin hampir untuk bersetuju dengan terma peribadi ditawarkan oleh Marseille biarpun jumlah gaji dan tempoh kontrak untuk pemain berusia 25 tahun itu masih belum didedahkan.

Persaingan yang kuat menyebabkan Nketiah percaya dia perlu meninggalkan Emirates dan menyertai pasukan baharu untuk mendapat lebih banyak peluang beraksi ketika dia hanya menjadi pilihan kedua di belakang Gabriel Jesus.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kalau Pasangan Curang, Kita Dah Ada Duit Sendiri – Fasha Sandha

0
KUALA LUMPUR – Aktres Fasha Sandha menasihatkan golongan wanita untuk mempunyai wang simpanan sendiri sebagai bekalan kecemasan sekiranya ditinggalkan pasangan yang curang. Pemilik nama penuh...

CATEGORIES