Friday, October 30, 2026
HomeBERITADisangka Cicak, Tapi Biawak Gergasi Dalam Bumbung Rumah

Disangka Cicak, Tapi Biawak Gergasi Dalam Bumbung Rumah

AKARTA – Seorang penduduk di Indonesia terkejut apabila menemui seekor biawak gergasi bersembunyi di dalam bumbung rumahnya, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @andapribadi313, anggota-anggota bomba dan penyelamat (Damkar) dilihat menebuk lubang pada siling kediaman berkenaan.

Rakaman turut memaparkan ekor dan kaki biawak yang terjuntai dari lubang yang ditebuk.

Selepas berulang kali melakukan percubaan untuk menariknya keluar, biawak itu akhirnya jatuh ke lantai.

Anggota-anggota bomba kemudian menangkap reptilia tersebut.

Rakaman kejadian itu tular di media sosial dan mendapat 3 juta tontonan. Rata-rata, netizen terpegun dengan kepantasan dan kecekapan anggota Damkar.

“Saya lihat Damkar di Indonesia sama seperti polis di Jepun, jika dihubungi,  mereka akan bergegas ke lokasi dengan segera. Mantap damkar,” kata netizen.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Empat Premis Perniagaan Dikendali Warga Asing Diarah Tutup Di Timur Laut

0
GEORGETOWN – Empat premis perniagaan di daerah Timur Laut, kelmarin, dikenakan tindakan penutupan (seal-off) selepas didapati dikendalikan oleh warga asing. Tindakan itu menerusi Op Tegas...

CATEGORIES