KUALA LUMPUR – “Saya tak kisah langsung.”
Demikian komen pelakon Nadhir Nasar apabila ada yang mendakwa penampilannya kelihatan ‘masam’ dan nampak seolah-olah seperti tidak mandi.
Nadhir atau nama lengkapnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, memilih untuk tidak ambil pusing dengan tanggapan negatif tersebut sepertimana didakwa sebilangan peminat.
“Saya tak kisah, setiap orang ada perspektif masing-masing tentang perkara yang ingin mereka lakukan. Kalau seseorang cakap ‘masam’ sembilan lagi suka, jadi kenapa nak fokus kepada seorang sahaja?
“Saya fokus kepada sembilan orang itu sahaja. Benda ini perspektif dan cita rasa.
“Kadang-kadang ada orang suka pergi zoo tapi ada yang suka pergi pusat membeli-belah.
“Kenapa kita perlu kisah kalau saya nak pergi zoo tapi orang lain pergi pusat membeli-belah,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran drama Viu Original, Dendam Bayangan baru-baru in.
Tambah bintang drama Projek: High Council itu, dia sedar akan risiko bergelar anak seni yang sentiasa menjadi tumpuan ramai, sekali gus menuntut dirinya untuk berfikiran lebih terbuka.
“Saya pilih untuk jadi pelakon dan seseorang yang orang nantikan hasil kerja serta perkara yang saya lakukan.
“Sebagai pelakon atau yang mempunyai pengikut dan perhatian ramai, saya perlu bersedia menerima apabila apa yang dikongsikan ada yang tidak disukai orang atau suka.
“Fokus pada perkara yang orang suka dan jangan beri perhatian yang orang benci,” katanya lagi.
Ujarnya lagi, kepuasan hati semua pihak adalah perkara yang mustahil untuk dicapai.
“Pada akhirnya, bukan semua orang suka pada anda dan anda pun tak suka semua orang,” ujarnya.
Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan Nadhir kelihatan ‘masam’ dan penampilan seperti tidak mandi.
Dalam perkembangan lain, Nadhir membintangi drama Bayangan Dendam menerusi karakter Farhan.
Drama bersiri 12 episod ini mengisahkan persahabatan, pengkhianatan dan satu kematian mengejut membabitkan Ariana dan Farhan ditayangkan menerusi platform Viu pada Khamis dan Jumaat.
Sumber – KOSMO! ONLINE





