KUALA LUMPUR, 30 April 2024 – Hanway memperkenalkan satu lagi model menarik buat peminat dua roda! Siri baharu yang dinamakan Hanway ‘B’ Series tampil dengan gaya bobber klasik yang digabungkan dengan teknologi moden. Siri ini direka khas untuk mereka yang menggemari estetika vintaj tetapi inginkan pengalaman tunggangan yang selesa, bertenaga dan sesuai dengan keperluan moden.
Hanway Bobber menampilkan rekaan minimalis dengan siluet rendah, mudguard yang dipendekkan, serta perincian retro yang membangkitkan semangat motosikal zaman dulu, tetapi dengan sentuhan moden yang membuatkannya tampak segar dan bergaya. Enjin yang digunakan cukup berkuasa dan cekap, memberikan pecutan lancar serta prestasi yang sesuai untuk perjalanan bandar mahupun ‘ride’ santai hujung minggu.

Kelebihan Hanway Bobber turut terserlah dari segi keselesaan dan kawalan. Tempat duduknya direka khas untuk keselesaan maksimum, manakala posisi tunggangan yang ergonomik memberi keyakinan kepada penunggang dalam mengawal motosikal ini di pelbagai jenis permukaan jalan. Gaya lama tidak bermakna ketinggalan, Bobber turut dilengkapi teknologi terkini seperti sistem pencahayaan LED, panel instrumen digital dan sistem brek moden yang memastikan keselamatan maksimum.
Hanway telah mencipta sebuah motosikal yang bukan saja bergaya, tapi juga bagi pengalaman tunggangan yang seronok dan penuh tenaga, sesuai untuk peminat tegar mahupun penunggang baru. Hanway Bobber merupakan gabungan sempurna antara gaya klasik dan prestasi moden.

Untuk pasaran Malaysia, model ini diperkenalkan sebagai Heritage 400. Ia ditawarkan dalam dua warna kemasan menarik iaitu Gloss Black dan Matte Black. Harga jualan bermula dari RM22,800 (belum termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran).
Untuk maklumat lanjut mengenai Hanway Heritage 400, boleh terus menghubungi Hanway Malaysia di talian +6012 536 6295 atau emel ke hanwaybikemalaysia@gmail.com.





