PETALING JAYA, 24 November 2025 – Selama lebih daripada 122 tahun, Ford telah
berdiri teguh bersama masyarakat dalam keadaan susah dan senang, berlandaskan
keyakinan bahawa masa depan yang lebih kukuh ialah masa depan yang dibina
bersama. Semangat ini menjadi nadi penggerak inisiatif tanggungjawab sosial korporat
(CSR) ‘Ford Building Together’ atau ‘Membina Bersama Ford’. Berpegang pada
komitmen global untuk menabur bakti kepada masyarakat, Sime Darby Auto
ConneXion-Ford (Auto ConneXion-Ford) telah membawa kesan positif kepada 600
penerima bantuan di Malaysia daripada golongan yang memerlukan di Lembah Klang,
Pulau Pinang, Ipoh, dan Kuantan. Sepanjang kempen 11 hari, program ini
menghulurkan bantuan makanan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan asas yang
amat diperlukan dengan kerjasama 55 sukarelawan Ford.

Auto ConneXion, pengedar tunggal kenderaan Ford di negara ini, telah memilih
golongan memerlukan daripada pelbagai kumpulan, termasuk keluarga B40, orang
kurang upaya (OKU), ibu tunggal, Asnaf Fakir dan Miskin, dan masyarakat Orang Asli,
yang dijangka mendapat manfaat paling besar daripada bantuan berasaskan impak.
Bantuan yang diberikan mengikut negeri adalah seperti berikut:
- Lembah Klang: 200 penerima (Kumpulan B40, Asnaf, dan OKU di Pangsapuri
Putra Ria & Abdullah Hukum). - Pulau Pinang: 100 penerima (Komuniti B40 dan Asnaf di George Town & Jalan
Patani). - Ipoh: 150 penerima (Ibu tunggal, kumpulan B40, dan Asnaf di Sungai Rokam).
- Kuantan: 150 penerima (masyarakat Orang Asli di Kampung Paya Bungor,
Gambang).
Jane Holloway, Pengurus Kanan, Ford Philanthropy, Kumpulan Pasaran
Antarabangsa, berkata, “Di Ford, misi kami bukan setakat membina kenderaan yang bermutu tinggi. Kami komited untuk memperkasakan komuniti di seluruh dunia dan
mendorong perubahan positif. Inisiatif Ford Building Together mencerminkan
kepercayaan kami bahawa apabila kami berganding bahu dengan rakan-rakan,
sukarelawan dan komuniti, kita mampu menghasilkan perubahan yang bermakna.”
Teras kempen tempatan ini ialah penggunaan Klinik Bergerak Ford yang dilancarkan
pada Februari tahun ini. Dalam usaha sama yang melibatkan Auto ConneXion-Ford,
Yayasan Sime Darby, Ford Philanthropy, dan MyFundAction, Klinik Bergerak Ford telah
menempatkan tenaga profesional penjagaan kesihatan ke empat lokasi tersebut untuk
menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan asas di kawasan luar bandar.
Turse Zuhair Nahason Affan, Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford,
menerangkan kesejajaran program tempatan dengan inisiatif global:
“Membawakan ‘kuasa penuh Ford’ ke Malaysia bermaksud bukan sahaja
menghulurkan sumbangan kewangan, malah menunjukkan bahawa inilah faktor
peneraju di sebalik inisiatif global Ford Building Together. Kami bertekad untuk
menggabungkan kesungguhan kakitangan dan kekuatan rangkaian pengedar kami
untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan di Malaysia. Menerusi kerjasama ini,
kami bukan sahaja menyediakan bantuan yang diperlukan di kawasan paling kritikal,
tetapi juga menjalin hubungan ikhlas yang berkekalan sambil kita membina masa depan
lestari untuk semua.”

Kejayaan inisiatif ini, yang berlandaskan nilai-nilai global serta disokong oleh tindakan
dan kerjasama, mencerminkan dedikasi para sukarelawan yang begitu bersemangat
daripada kalangan pihak pengurusan dan kakitangan Auto ConneXion-Ford, rangkaian
pengedar sah Ford di seluruh negara, dan pakatan strategik dengan badan bukan
keuntungan MyFundAction, yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan di
lokasi.
Turse Zuhair menambah, “Kami terhutang budi kepada seluruh pasukan yang
menjadikan program Ford Building Together lebih bermakna dan bermanfaat, yang telah mencurahkan masa dan tenaga kemahiran berharga mereka untuk membawa
harapan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk tempatan yang memerlukan.
Syarikat kami terus bertekad untuk memperkasakan insan dan membawa impak positif,
di satu demi satu lokasi.”

Aktiviti di Malaysia ini adalah sebahagian penting daripada Bulan Keprihatinan Global
Ford, iaitu program sukarelawan global tahunan di bawah inisiatif Ford Philanthropy.
Usaha tempatan ini menyumbang kepada penganjuran Kempen Derma Makanan
Pengedar Automotif Terbesar Dunia di bawah inisiatif Membina Bersama Ford, yang
melibatkan lebih daripada 1,600 pengedar Ford di 31 negara. Program ini berjaya
mengumpulkan lebih 2 juta paun (lebih 907,000 kg) bekalan makanan, sekali gus jauh
melebihi sasaran asal untuk mengagihkan 500,000 kg bantuan makanan.
Usaha yang dilaksanakan baru-baru ini berbekalkan warisan kukuh Auto ConneXion-
Ford untuk menghulurkan bantuan kemasyarakatan di Malaysia, termasuk projek yang
pernah dilaksanakan sebelum ini seperti Projek Air Bersih di Gerik dan Operasi Dunia
Lebih Baik di Kuala Lumpur.





