Monday, September 21, 2026
HomeHIBURAN‘Saya Cakap, Konsert Ini Memang Kena Ada Noraniza Idris’ - Siti Nurhaliza

‘Saya Cakap, Konsert Ini Memang Kena Ada Noraniza Idris’ – Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak apabila bakal kembali berduet dengan penyanyi, Noraniza Idris di pentas Konsert Tradisional Gema Bumantara pada 17 Oktober nanti.

Siti, 47, berkata, pembabitan Noraniza dalam konsert tersebut adalah kehendaknya sendiri.

“Saya memang cakap dengan Kak Zie (pengurus) bahawa konsert ini perlu ada dan jemput Noraniza Idris.

“Rasa gembira dan maaf saya sebak kerana tidak tahu bila lagi boleh buat konsert tradisional terbesar seperti ini.

“Saya ingin mereka yang hebat ini terutama pejuang irama tradisional ada bersama-sama. Maaf, sebab itu saya beremosi,” katanya sebak dalam nada sebak pada sidang akhbar dan pelancaran berkenaan di sini, hari ini.

Sementara itu, Noraniza atau mesra di sapa sebagai Kak Ani mengakui gementar untuk kembali berduet dengan Siti mendendangkan lagu Hati Kama.

“Ya Allah, saya sebenarnya seram nak menyanyi dengan Siti Nurhaliza.

“Sebab sudah 25 tahun kami tidak menyanyikan lagu Hati Kama secara duet, apatah lagi dalam sebuah konsert besar dengan format orkestra, saya sangat takut.

“Saya rasa sangat kecil di sisi Siti Nurhaliza,” ujarnya.

Terdahulu, lagu Hati Kama dimuatkan dalam album Seri Balas pada tahun 1999.

Gema Bumantara yang bakal berlangsung di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan dimeriahkan dengan persembahan Haziq Rosebi serta dua bintang Indonesia, King Nassar dan Lesti Kejora.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

AirAsia Terus Kukuh, Fokus Kepada Pertumbuhan Dan Strategi Jangka Panjang

0
BANGKOK, 18 September 2026 – AirAsia Group Berhad (dahulunya dikenali sebagai AirAsia X Berhad) (“AirAsia” atau “Kumpulan”) hari ini menegaskan pendekatannya yang fokus, berdisiplin...

CATEGORIES