Thursday, August 6, 2026
HomeTRAVELTerokai Yang Terbaik Di Rantau Asean Dengan Jualan Mega 8.8 AirAsia MOVE

Terokai Yang Terbaik Di Rantau Asean Dengan Jualan Mega 8.8 AirAsia MOVE

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2026 – AirAsia MOVE menjemput para pelancong untuk menerokai lebih banyak destinasi di Asia Tenggara dan seluruh dunia menerusi tawaran perjalanan eksklusif sempena Jualan Mega 8.8. Jualan mega yang juga jatuh pada Hari ASEAN pada 8 Ogos ini, menggalakkan orang ramai menikmati kepelbagaian yang terdapat di rantau ini, dari percutian pantai di Langkawi, percutian dalam bandar di Jakarta hinggalah pengembaraan gastronomi di Bangkok.

Tawaran sepanjang hari AirAsia MOVE 8.8 (5–9 Ogos 2026)

Nikmati penjimatan lebih besar untuk keseluruhan perjalanan anda dengan hanya satu kod promosi, MEGAMOVE. Daripada tempahan hotel, penerbangan dengan mana-mana syarikat penerbangan, pakej SNAP hinggalah perjalanan ke lapangan terbang, nikmati diskaun eksklusif yang menjadikan penerokaan di rantau Asean lebih mudah dan berbaloi. Tebus kod promosi MEGAMOVE untuk menikmati tawaran hebat berikut:

  • Hotel: Diskaun sehingga RM288* (perbelanjaan minimum RM500) untuk tempahan hotel di seluruh dunia.

  • Penerbangan: Diskaun sehingga RM188* bagi semua penerbangan antarabangsa yang ditempah dengan mana-mana syarikat penerbangan.

  • SNAP! (Penerbangan + Hotel): Diskaun sehingga RM288* (perbelanjaan minimum RM1,500) untuk pakej Penerbangan + Hotel (penerbangan AirAsia).

  • AirAsia Ride: Diskaun RM7* untuk tempahan AirAsia Ride (perbelanjaan minimum RM25). Tawaran ini tersedia setiap hari dari jam 2 petang hingga 5 petang bagi perjalanan dalam Malaysia untuk sepanjang tempoh kempen.

Untuk maklumat terkini, ikuti @airasiamove di Instagram dan TikTok. Muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery untuk pengalaman tempahan yang lebih lancar dan mudah.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pelakon Veteren, Cik Man Meninggal dunia

0
PETALING JAYA – Pelakon veteren Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man, 67, meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang tadi. Anak keduanya, Fakhrol...

CATEGORIES