Wednesday, August 12, 2026
HomePERNIAGAANAlliance Bank Tawar Bantuan Banjir

Alliance Bank Tawar Bantuan Banjir

PETALING JAYA – Alliance Bank Malaysia Berhad mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggannya yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

Bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman, serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan serta perniagaan yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Kellee Kam berkata, pihaknya turut menyediakan bantuan kepada kakitangannya yang terjejas bagi membantu mereka mengharungi tempoh sukar ini.

“Kebajikan pelanggan yang terkesan adalah keutamaan kami kerana kami memahami tekanan emosi dan kewangan yang dihadapi oleh keluarga dan perniagaan akibat banjir.

“Sebagai The Bank For Life, Alliance Bank sentiasa bersama pelanggan kami, terutamanya dalam masa yang mencabar ini.

“Kami berharap Program Bantuan Banjir ini akan menggalakkan mereka tampil untuk berbincang bagaimana kami dapat membantu meringankan beban kewangan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program Bantuan Banjir Alliance Bank dibuka untuk permohonan sehingga 3 Mac 2025.

Ia menawarkan kelonggaran pembayaran bagi semua pinjaman konvensional dan kemudahan pembiayaan Islamik, selain pengecualian caj dan bayaran bagi perkhidmatan tertentu seperti penggantian kad debit, kad ATM, buku cek, dan buku simpanan yang hilang atau rosak akibat banjir.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MITRA Menyalurkan RM6.7 Juta, Perkasa Pendidikan Dan Ekonomi Masyarakat India

0
PUTRAJAYA, 11 Ogos 2026 – Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda pembangunan sosioekonomi masyarakat India dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.7 juta berjaya disalurkan untuk melaksanakan...

CATEGORIES