Thursday, June 11, 2026
HomeLUAR NEGARAPernah Menggunakan Nitrus Oksida, Miss Universe Vietnam Disiasat

Pernah Menggunakan Nitrus Oksida, Miss Universe Vietnam Disiasat

HANOI, Vietnam – Ketua penganjur pertandingan Ratu Cantik Miss Universe Vietnam 2023, Nguyan Thi Thuy Nga berkata, pihaknya akan mengenal pasti sama ada pemenang acara itu, Bui Quynh Hoa  menggunakan gas ketawa atau nitrus oksida, lapor portal berita VNEXPRESS kelmarin.

Sebelum ini, satu rakaman video yang  tersebar di media sosial menunjukkan sekumpulan individu  termasuk Hoa, 25, bergurau senda dan menyedut nitrus oksida pada Rabu lalu, manakala  netizen menyuarakan rasal kesal sekiranya wanita terbabit ialah Miss Universe.

Menjawab isu itu, Nga memberitahu akhbar: “Kami sedang mengesahkan dakwaan itu dengan Hoa.”

Tambah penganjur, pihaknya  akan menghukum ratu cantik tersebut jika dakwaan itu benar.

Menurut Kosmo, Hoa adalah seorang model dan ahli perniagaan serta pernah memenangi gelaran Supermodel Antarabangsa 2022 sebelum dinobatkan Miss Universe 2023 pada 29 September lalu di Bandar Raya Ho Chi Minh. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES