Thursday, September 17, 2026
HomeBERITAKaunter JPN Diserbu, Rakyat Mula Tukar MyKad Generasi Baharu

Kaunter JPN Diserbu, Rakyat Mula Tukar MyKad Generasi Baharu

PUTRAJAYA – Kaunter urusan kad pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini dibanjiri orang ramai sempena hari pertama pengeluaran MyKad generasi baharu, hari ini.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di kaunter JPN Putrajaya, orang ramai mula mengambil giliran bagi menukar MyKad seawal pukul 8.30 pagi tadi sebelum jumlahnya bertambah ramai bermula pukul 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, proses permohonan MyKad di kaunter JPN Putrajaya disifatkan berjalan lancar dengan proses pertukaran kad lama, proses mengambil gambar dan penerimaan kad baharu mengikut tempoh masa ditetapkan.

Menurut Shaza Nuizeaan Shafie, 48, sistem janji temu secara dalam talian JPN dilihat memudahkan urusan orang awam apabila proses pertukaran MyKad dapat diselesaikan dalam tempoh kurang 10 minit.

Kata wanita dari Puchong, Selangor itu, beliau telah membuat janji temu lebih awal sebelum hadir ke JPN bagi menguruskan pertukaran gambar MyKad anaknya selain permohonan MyKad baharu bagi anak berusia 12 tahun.

“Sebenarnya saya telah memilih slot pada pukul 9.50 pagi, namun tiba lebih awal iaitu pada pukul 9 pagi dan diberikan nombor khas bagi pemohon temu janji.

“Jadi, prosesnya agak cepat yang mana ia mengambil masa sekitar 10 minit sahaja bagi urusan di kaunter,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat JPN di sini tadi.

Untuk maklumat, MyKad generasi baharu boleh ditukar mulai hari ini secara berperingkat dengan menawarkan lebih 53 ciri tambahan antaranya penambahbaikan reka bentuk, ciri keselamatan dan pertambahan fungsi.

Bagi seorang pelajar, Puteri Nur Syafiqah Jailani,19, kod QR tersendiri dan corak yang hanya dapat dilihat menggunakan cahaya ultraungu (UV) menjadikan MyKad generasi baharu mendapat perhatian rakyat.

Katanya, beliau bersemangat menukar MyKad memandang ciri kod QR yang ditawarkan mampu membantu mengelakkan kad berkenaan daripada dicetak atau dibuat salinan.

“Jujurnya, yang paling menarik ialah kod QR sebab orang lain tidak boleh tiru ciri itu. Jadi, ia lebih selamat.

“Sebab kita tahu ramai orang buat kad yang mudah diciplak, jadi bila ada kod QR sendiri, ciri itu lebih baik,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nadhir Nasar Ambil Berat Kritikan Daripada Pembeli Tiket

0
PETALING JAYA - Aktor Nadhir Nasar menganggap kritikan netizen terhadap mutu lakonan sebagai teguran membina bagi memperbaiki kekurangan diri. Nadhir atau nama penuh, Ahmad Nadhir...

CATEGORIES