Friday, September 18, 2026
HomeBERITANASA Temukan Kawah Besar Baharu Di Bulan

NASA Temukan Kawah Besar Baharu Di Bulan

WASHINGTON: Seorang penyelidik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menemukan kawah besar yang baru terbentuk di bulan, menurut saintis.

Ia merupakan satu kejadian jarang berlaku yang hanya terjadi sekali dalam satu abad atau lebih lama.

Kawah yang dinamakan ‘McGetchin’ itu berukuran 222 meter lebar, menurut NASA dalam satu catatan blog.

Kawah itu dipercayai terbentuk pada musim bunga 2024 selepas komet atau asteroid melanggar bulan.

Penyelidik menyifatkan objek yang mengakibatkannya berukuran kira-kira sebesar bangunan tiga hingga enam tingkat.

“Saintis menganggarkan hentaman sebesar ini berlaku di bulan kira-kira sekali dalam satu abad atau lebih lama,” kata NASA dalam catatan blog itu.

Walaupun kawah itu sudah wujud selama bertahun-tahun, ia tidak ditemukan sehingga Robert Wagner, seorang penyelidik dengan kamera kapal angkasa Pengorbit Peninjau Bulan milik NASA.

Ia menyedarinya dalam imbasan baharu permukaan bulan.

Kawah itu kelihatan sebagai tompok cerah besar yang dikelilingi lingkaran gelap oleh kamera itu  yang telah mengkaji bulan sejak 2009.

Satu kajian yang diterbitkan pada Rabu dalam jurnal Science Advances mendapati ia merupakan kawah baharu terbesar yang pernah ditemui dalam sistem suria.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lapan Negeri Hingga Malam Ini

0
PETALING JAYA – Sebanyak lapan negeri berdepan amaran ribut petir susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda petang ini. Jabatan Meteorologi dalam satu...

CATEGORIES