Friday, September 18, 2026
HomeBERITALandasan KKIA Dibuka Semula, Operasi Kembali Pulih

Landasan KKIA Dibuka Semula, Operasi Kembali Pulih

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dibuka semula pada jam 11 malam ini selepas kerja pembaikan dan pemeriksaan keselamatan selesai dijalankan.

Malaysia Airports menerusi hantaran di Facebook malam ini, memaklumkan operasi landasan disambung semula selepas pemeriksaan keselamatan terakhir mengesahkan ia selamat digunakan.

“Penumpang yang melakukan perjalanan dari dan ke lapangan terbang dinasihatkan supaya menyemak status serta perkembangan terkini penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, landasan KKIA ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan dilaksanakan, namun hujan berterusan menjejaskan kemajuan kerja berkenaan.

Penutupan itu menyebabkan 20 penerbangan terjejas.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Djokovic Kembali Buru Rentak Di Beijing

0
BEIJING: Novak Djokovic kembali ke Kejohanan Terbuka China selepas 11 tahun dengan misi membina semula momentum susulan kemerosotan ranking dunia serta tersingkir mengejut pada...

CATEGORIES