Friday, September 18, 2026
HomeHIBURANAmerika Syarikat Lulus Jual 48 F-35 Kepada Arab Saudi

Amerika Syarikat Lulus Jual 48 F-35 Kepada Arab Saudi

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan 48 jet pejuang halimunan F-35 serta peralatan berkaitan bernilai AS$24.3 bilion (RM99.2 bilion) kepada Arab Saudi, kata Jabatan Negara semalam, dalam langkah yang meningkatkan kekuatan tentera Riyadh secara signifikan.

Arab Saudi sekian lama berhasrat membeli pesawat F-35, namun pegawai-pegawai Israel menyuarakan kebimbangan mengenai penjualannya kepada Riyadh, di sebalik usaha untuk menormalkan hubungan kedua-dua belah pihak.

“Cadangan penjualan ini akan meningkatkan keupayaan Arab Saudi untuk menyekat ancaman semasa dan ancaman masa hadapan dengan memperkasakan pertahanan tanah airnya, serta meningkatkan kebolehkendalian bersama tentera AS,” kata Jabatan Negara dalam satu kenyataan.

“Ia juga akan menambah bilangan pesawat Arab Saudi serta meningkatkan keupayaan pertahanan udara ke udara dan udara ke darat,” tambahnya.

Jabatan Negara telah memaklumkan kepada Kongres mengenai cadangan penjualan tersebut, yang memerlukan kelulusan wakil rakyat AS.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Norman Hakim Titip Pesanan Bermakna Buat Maria Danisha

0
KUALA LUMPUR - Pelakon dan usahawan, Norman Hakim, 50, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kemeriahan sambutan ulang tahun ke-18 anak perempuannya, Maria Danisha, di...

CATEGORIES