Wednesday, November 19, 2025
HomeLUAR NEGARAEreksi Secara Berterusan, Seorang Lelaki Terpaksa Dirawat Di Hospital

Ereksi Secara Berterusan, Seorang Lelaki Terpaksa Dirawat Di Hospital

BRASILIA – Seorang lelaki di timur laut Brazil terpaksa mendapat rawatan hospital selepas dia mengalami ereksi zakar secara berterusan, lapor portal berita Daily Express semalam.

Lelaki berusia 46 tahun tersebut menelan beberapa biji pil perangsang sekali gus dan mengalami ereksi secara berterusan selama tiga hari, baru-baru ini.

Dia dimasukkan ke pusat kesihatan di Joao Pessoa, timur laut Brazil dan mengalami kesakitan teruk di sekitar kemaluannya.

Berikutan keadaannya yang semakin buruk, pesakit dipindahkan dengan ambulans ke Hospital Trauma di Joao Pessoa, Ahad lalu.

Selepas menerima rawatan, pesakit dibenarkan pulang pada keesokan harinya.

Pakar urologi, Andre Brasileiro memberitahu media tempatan: “Seperti ubat lain, pil itu perlu digunakan di bawah bimbingan pakar perubatan. Terdapat tabiat buruk dalam kalangan pengguna dan keadaan seperti ini adalah satu daripada kesan yang boleh berlaku.”

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Rasa Nak Lelong Rumah, Jual Kereta, Balik Kampung’ – Khai Bhar

0
PETALING JAYA – Pemergian ibu bapa memberi tamparan hebat buat penyanyi Khai Bahar sehingga pernah terdetik meninggalkan kerjaya nyanyian demi berada dekat dengan pusara...

CATEGORIES