Friday, October 30, 2026
HomeLUAR NEGARADua Ekor Gajah Hidap Penyakit TB Telan 400 Pil Sehari

Dua Ekor Gajah Hidap Penyakit TB Telan 400 Pil Sehari

KARACHI – Satu pasukan doktor dan doktor haiwan di Pakistan menggunakan rawatan unik  untuk sepasang gajah yang menghidap penyakit tuberkulosis (TB) dengan memberikan kedua-dua haiwan itu makan sekurang-kurangnya  400 biji pil antibiotik sehari.

Usaha murni oleh kakitangan di Taman Safari Karachi itu melibatkan pemberian ubat sama seperti yang digunakan untuk merawat penyakit TB pada manusia. Pil-pil itu bagaimanapun  disembunyikan di dalam makanan daripada buah epal, pisang hinggalah kepada manisan tempatan.

Jumlah ubat diselaraskan untuk mengambil kira berat seekor gajah itu kira-kira 4,000 kilogram.

Gajah berkenaan iaitu Madhubala dan Malika,  mengambil masa beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan rawatan tersebut selepas meludah keluar beberapa dos pertama dan cuba menyerang penjaganya.

“Memberi rawatan untuk TB kepada gajah sentiasa mencabar. Setiap hari kami menggunakan kaedah yang berbeza,” kata pakar bedah veterinar,  Buddhika Bandara dari Sri Lanka yang dibawa masuk untuk menyelia rawatan.

“Haiwan ini menunjukkan sedikit tekanan pada mulanya, tetapi secara beransur-ansur Madhubala dan Malika cuba menyesuaikan diri dengan prosedur tersebut,” kata Bandara, yang telah membantu lebih daripada 12  ekor  gajah pulih daripada penyakit itu di Sri Lanka.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Empat Premis Perniagaan Dikendali Warga Asing Diarah Tutup Di Timur Laut

0
GEORGETOWN – Empat premis perniagaan di daerah Timur Laut, kelmarin, dikenakan tindakan penutupan (seal-off) selepas didapati dikendalikan oleh warga asing. Tindakan itu menerusi Op Tegas...

CATEGORIES