Saturday, October 31, 2026
HomeBERITAKTM Komuter Lembah Klang alami perubahan jadual sementara

KTM Komuter Lembah Klang alami perubahan jadual sementara

PETALING JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang akan mengalami perubahan jadual waktu sementara bermula 24 Mei sehingga 26 Mei ini.

KTMB dalam satu kenyataan berkata, perubahan jadual itu bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf sistem semboyan di laluan antara Stesen Kepong sehingga Stesen Salak Selatan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan KTMB untuk meningkatkan kecekapan sistem dan keselamatan operasi tren.

Katanya, sepanjang tempoh pelaksanaan itu perkhidmatan KTM Komuter laluan Pulau Sebang – Batu Caves – Pulau Sebang dan Tanjung Malim – KL Sentral – Tanjung Malim serta perkhidmatan tren elektrik (ETS) dijangka akan mengalami kelewatan sehingga 50 minit daripada jadual asal.

“Selain itu, dua perkhidmatan ETS iaitu EG9425 (Padang Besar – Segamat) dan EG9321 (Butterworth – Segamat) akan mengalami perubahan platform di Stesen KL Sentral dan Stesen Kuala Lumpur pada 24 Mei sahaja.

“Pegawai bertugas akan ditempatkan di stesen bagi mengiringi dan membantu para penumpang ke platform,” katanya di sini hari ini.

Katanya, KTMB menasihatkan semua penumpang agar merancang perjalanan lebih awal serta menyemak jadual perjalanan di MyRailtime melalui aplikasi KTMB Mobile.

“Para penumpang juga dinasihatkan sentiasa peka terhadap pengumuman di stesen serta hebahan melalui saluran rasmi media sosial KTMB.

“Khidmat pesanan ringkas (SMS) juga akan dihantar kepada penumpang ETS yang terjejas sebagai notifikasi awal mengenai kelewatan yang mungkin berlaku,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES