Wednesday, November 11, 2026
HomeHIBURANWanna Ali Sah Bergelar Isteri Khairil Amri

Wanna Ali Sah Bergelar Isteri Khairil Amri

PETALING JAYA – Dengan sekali lafaz, pelakon Wanna Ali selamat bergelar isteri kepada Khairil Amri Khalid dalam sebuah majlis tertutup pada pagi ahad.

Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali 28, dinikahkan jurunikah, Ustaz Abdus Salam Mahmud dengan berwalikan bapanya, Mohd Ali.

Wanna yang merupakan anak kepada penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh turut menerima mas kahwin berupa 10 dinar emas dan sebentuk cincin.

Pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran daripada pihak pengantin lelaki tidak dikongsi kepada umum.

Dalam majlis tersebut, Wanna anggun dalam persalinan serba putih rekaan Ezuwan Ismail.

Pada 2 Februari lalu, Wanna mendedahkan dirinya sudah bertunang dengan Khairil yang juga anak kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 9 November tahun lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

SPR Teliti Dakwaan Serangan Siber Terhadap Laman Web Suruhanjaya

0
MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mendapatkan laporan penuh berhubung dakwaan serangan siber yang menyasarkan laman web rasminya ketika proses Pilihan Raya Negeri...

CATEGORIES