Saturday, September 26, 2026
HomeBERITAPelajar UniMAP Maut, Basikal Dirempuh SUV

Pelajar UniMAP Maut, Basikal Dirempuh SUV

ARAU – Seorang penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang baru selesai mengulang kaji pelajaran maut dalam kemalangan jalan raya di hadapan kampus universiti itu semalam.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer UniMAP, Muhammad Fawwaz Hazim Abdul Karim, 23, dilaporkan dalam perjalanan pulang ke asrama selepas mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

Menurut seorang saksi yang juga pelajar universiti itu, mangsa yang merupakan pelajar semester satu sedang menyusur jalan raya untuk melintas sebelum dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa melambung sebelum jatuh di tengah jalan berdekatan kenderaan yang kami naiki. Kami sangat terkejut namun sempat mengelak mangsa yang berada di tengah yang terjatuh di tengah jalan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi mengesahkan kemalangan maut yang berlaku di depan kampus universiti itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bergerak di laluan tengah jalan sebelum sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Proton X50 yang datang dari arah belakang gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang basikal tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh di atas jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pembantu Jurujual Dituduh Tipu Pakej Umrah Persendirian RM35,736

0
BALIK PULAU - Pembantu jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memperdaya seorang individu berhubung pakej umrah persendirian membabitkan kerugian...

CATEGORIES