Saturday, April 11, 2026
HomeHIBURANPelakon, Suami Direman Tiga Hari Kes Tipu Urusan Kurniaan Tanah

Pelakon, Suami Direman Tiga Hari Kes Tipu Urusan Kurniaan Tanah

SEREMBAN – Seorang pelakon drama wanita dan suaminya ditahan berhubung kes penipuan urusan penjualan tanah lot kurniaan sehingga menyebabkan kerugian RM1.5 juta.

Pasangan suami isteri berusia 35 dan 41 tahun itu ditahan ketika bersembunyi di sebuah madrasah tahfiz di Hulu Langat, Selangor.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kedua-dua suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan selepas dibenarkan Majistret Nurul Azuin Mohd. Talhah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

“Reman ke atas mereka sehingga 5 Mac ini dibuat bagi memboolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, pelakon itu dan suaminya yang memakai pakaian lokap berwarna ungu tiba di mahkamah pada pukul 9.15 pagi dengan diiringi anggota polis.

“Nanti tulis apa yang betul ya, tak sahih cerita jangan tulis. Terima kasih,” pesannya kepada wartawan yang hadir membuat liputan.

Kelmarin Kosmo! melaporkan polis menerima laporan berhubung kes penipuan membabitkan kerugian RM1.5 juta dipercayai melibatkan pelakon wanita bersama suaminya. Laporan dibuat ahli perniagaan berusia 56 tahun pada 7 Januari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terima Kasih Daddy, Awak Sentiasa Di Sisi – Watie

0
PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanafiah bersyukur dikurniakan pasangan hidup yang banyak membantunya sepanjang tempoh menjaga anak mereka, Akira...

CATEGORIES