Wednesday, November 11, 2026
HomeHIBURANKau Ingat Semua Manusia Hidup Bawah Tapak Kaki Kau? – Yuna Rahim

Kau Ingat Semua Manusia Hidup Bawah Tapak Kaki Kau? – Yuna Rahim

KUALA LUMPUR: Pelakon, Yuna Rahim, 31 mengingatkan semua pihak agar tidak mengaplikasikan sistem kedudukan atau hierarki dalam produksi drama atau filem.

Kata pemilik nama sebenar Shafiqah Husna Abd Rahim, hal demikian kerana setiap individu di bawah produksi memainkan peranan penting dan sama rata.

“Kerja produksi (drama atau filem) memang kerja sepasukan. Tak ada siapa paling atas dan tidak ada siapa yang paling bawah.

“Kalau tak ada pengarah, siapa yang nak mengarah cerita menjadi satu naskah yang hebat?

“Kalau tak ada salah satu jabatan menjadi ke hasil dia?” Katanya dalam Thread.

Pelakon drama Diari Seorang Suami itu dalam masa yang sama menegaskan tentang layanan sama rata tanpa mengira kedudukan dalam pasukan produksi.

“Jangan meletakkan hieraraki dan kedudukan seseorang dalam produksi layan orang macam sampah! Kau ingat semua manusia hidup bawah tapak kaki kau?” Katanya lagi.

Dalam pada itu, Yuna mengingatkan tentang pentingnya sikap hormat menghormati dalam kerja sepasukan.

”Awak hormat orang dan org keliling secara tidak langsung akan hormat awak bukan sebab kedudukan awak,” ujarnya.

Sumber – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

SPR Teliti Dakwaan Serangan Siber Terhadap Laman Web Suruhanjaya

0
MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mendapatkan laporan penuh berhubung dakwaan serangan siber yang menyasarkan laman web rasminya ketika proses Pilihan Raya Negeri...

CATEGORIES