Wednesday, September 23, 2026
HomeHIBURAN‘Doakan Cukup Duit, Nak Bina Masjid Nama Jarir Umar Al-Fattah’ - Fattah...

‘Doakan Cukup Duit, Nak Bina Masjid Nama Jarir Umar Al-Fattah’ – Fattah Amin

PETALING JAYA – Memasang impian murni, pelakon Fattah Amin berkongsi hasrat mahu membina sebuah surau atau masjid sebagai amal jariah yang dapat memberi manfaat berpanjangan buat dirinya dan keluarga.

Fattah atau nama lengkapnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, berkata, keinginan tersebut menjadi keutamaan berbanding perancangan lain yang pernah disimpan sebelum ini seperti memiliki premis kedai serta pusat beli-belah.

“Memang kita ada impian tapi sebelum ada kedai atau pusat beli belah, saya nak ada masjid dulu. Itu saham akhirat,” katanya dalam sesi siaran langsung di platform TikTok.

Dalam perkongsian sama, bapa kepada dua anak itu mengakui kagum dengan mereka yang diberikan rezeki membina rumah Allah berikutan pahala berterusan selagi digunakan orang lain.

“Ya, fasal itu kita ada dengar orang bina surau, ada masjid. Bila ada masjid ini kita rasa macam, seronoknya.

“Sebab kalau dia meninggal dunia, selagi orang guna sebab dia infakkan masjid itu, pahala dia terus berjalan.

“Baik saya niat nak ada masjid dengan surau sendiri. Daripada saya niat nak ada mall (pusat beli-belah) sendiri — mall itu kedua atau ketiga,” ujarnya.

Kata suami kepada pelakon juga penyanyi Amira Othman itu lagi, andai impian dimakbulkan, masjid berkenaan akan dinamakan mengikut nama anak keduanya, Muhammad Jarir Umar.

“Doakan cukup duit, kita nak buat masjid atau surau. Kita nak namakan Masjid Jarir Umar Al-Fattah,” kongsinya.

Hantaran video berkenaan meraih respons ramai yang bukan hanya mendoakan hasrat tersebut dimakbulkan Allah, bahkan ingin sama-sama menyumbang.

“Masjid Jarir Umar Al-Fattah itu rasanya nak bina di mana? Kami pun boleh kongsi berwakaf,” tulis seorang netizen.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nabila Huda Puji Pelakon Muda KUDRAT 1968, Anggap Zarif Ghazzi Berpotensi...

0
KUALA LUMPUR: Pelakon, Nabila Huda mengakui kagum dengan bakat baharu yang ditampilkan menerusi drama bersiri Kudrat 1968: High Council yang mencipta fenomena walau baru...

CATEGORIES