Sunday, June 21, 2026
HomeHIBURAN‘Isteri Tak Pernah Tukar Cadar, Semua Saya Buat Sendiri’

‘Isteri Tak Pernah Tukar Cadar, Semua Saya Buat Sendiri’

PETALING JAYA – Perlu ada tolak ansur, pelakon Faizal Hussein berpendapat suami memainkan peranan penting dalam membuat kerja rumah sekali gus menolak stereotaip lama berkaitan pembahagian tugas antara lelaki dan wanita.

Ujar Faizal atau nama sebenarnya Mohd. Faizal Hussein, 58, kerja berat seperti menukar cadar dan mengangkat tilam tidak sesuai dilakukan wanita, sebaliknya lebih wajar dipikul lelaki.

“Sampai hari ini, isteri saya tak pernah tukar cadar. Semua saya lakukan sendiri.

“Dulu mungkin orang anggap itu tugas wanita, tetapi sekarang tilam jenis spring tebal dan berat. Itu bukan lagi kerja wanita, itu kerja lelaki,” katanya dalam sebuah video.

Tambah pelakon drama Bidaah itu, membantu menguruskan rumah tangga bukan satu beban, sebaliknya tanda kasih sayang terhadap pasangan.

“Saya memang suka buat kerja rumah seperti mencuci, vakum, bersihkan rumah dan lap habuk.

“Bagi saya, semua itu tanda kasih sayang saya kepada isteri. Sampai sekarang pun saya masih beri bunga kepadanya,” ujarnya.

Kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, malah ramai memuji sikap bertanggungjawab serta romantik dipamerkan aktor berkenaan.

“Lelaki begini memang idaman. Bukan semua sanggup buat kerja rumah tanpa berkira.

“Sweet sangat, masih beri bunga walaupun sudah lama berkahwin.

“Inilah contoh suami penyayang, bukan sekadar cakap tetapi tunjuk melalui perbuatan,” tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Faizal mendirikan rumah tangga bersama Suhaila pada 3 Julai 2004 dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Fazryn, 21, serta Fazrick, 18 tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kapal Tangki Belayar Bebas Di Selat Hormuz

0
WASHINGTON – Amerika Syarikat(AS) menarik balik sekatan ke atas pelabuhan Iran semalam, menyaksikan kapal-kapal  tangki mula bergerak bebas melalui Selat Hormuz setelah berbulan-bulan tidak...

CATEGORIES