Sunday, June 21, 2026
HomeBERITADiskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri Pada 18,19 Mac

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri Pada 18,19 Mac

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk memberi diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri bagi mengurangkan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman pada Rabu dan Khamis ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif ini melibatkan tanggungan
kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol.

“Diskaun ini akan berkuat kuasa mulai pukul 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) hingga jam 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis).

“Ia melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kapal Tangki Belayar Bebas Di Selat Hormuz

0
WASHINGTON – Amerika Syarikat(AS) menarik balik sekatan ke atas pelabuhan Iran semalam, menyaksikan kapal-kapal  tangki mula bergerak bebas melalui Selat Hormuz setelah berbulan-bulan tidak...

CATEGORIES