Sunday, August 9, 2026
HomeHIBURANBanyak Membazir, Shila Amzah Mahu Benar-Benar Bebas Hutang

Banyak Membazir, Shila Amzah Mahu Benar-Benar Bebas Hutang

PETALING JAYA – Keluar masuk wang tidak teratur, penyanyi Shila Amzah mahu memulakan fasa hidup baharu dengan membebaskan diri daripada beban kewangan serta tabiat berbelanja secara impulsif.

Ujar Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 36, fokus utamanya kini adalah melangsaikan semua komitmen besar termasuk rumah dan kenderaan sebelum menyusun semula kehidupan secara lebih sederhana.

“Saya benar-benar mahu bebas daripada hutang. Saya mahu habiskan bayaran rumah dan kereta terlebih dahulu.

“Selepas itu, saya mahu kemaskan hidup dengan membuang semua barang yang sudah tidak digunakan.

“Saya pernah buat sebelum ini jika dua hingga tiga bulan tidak dipakai, maknanya memang tidak diperlukan lagi,” katanya dalam Threads.

Tambah pelantun lagu Ada Dirimu itu, dia juga sedang menilai semula perbelanjaan bulanan termasuk pelbagai langganan yang tidak memberi manfaat sebenar.

“Banyak juga langganan yang sebenarnya tidak membawa ke mana-mana dan tidak memberi manfaat.

“Bila fikir semula, memang terasa membazir. Saya benar-benar mahu berhenti membeli barang yang tidak perlu,” ujarnya.

Paling penting kata ibu dua anak itu, perubahan sikap tersebut hadir selepas menyedari kesilapan lampau ketika mula mengurus kewangan sendiri.

“Dulu saya tidak pernah pegang atau urus duit sendiri. Bila sudah ada kebebasan kewangan, saya jadi agak impulsif.

“Saya tidak bangga dengan sikap itu, tetapi saya sedar dan sanggup ambil langkah besar untuk berubah menjadi lebih baik,” luahnya.

Perkongsian tersebut bukan sahaja menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, malah ramai memuji keberanian isteri kepada pempengaruh Ubai itu mengakui kelemahan diri secara terbuka.

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama berdepan tabiat berbelanja berlebihan, selain menyifatkan usaha penyanyi itu sebagai inspirasi untuk hidup lebih minimalis dan terurus.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Badan Saya Cedera, Koyak Kalau Kena Muka, Habis Herot’ – Shukri...

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Shukri Yahaya tidak serik untuk terus berlakon dalam filem aksi meskipun terpaksa menanggung kecederaan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat...

CATEGORIES