Monday, February 9, 2026
HomeBERITAKPM Kaji Keperluan Wujud Semula UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Wujud Semula UPSR, PT3

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan mewujudkan kembali Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berikutan pengaktifan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) tahun ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, dapatan daripada MPPK itu seterusnya akan dibentang kepada Kabinet sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

“Kita akan mengkaji semula peperiksaan itu kerana ia masih lagi menjadi permintaan ibu bapa.

“Apa sahaja peperiksaan yang disebut ataupun maknanya yang berada dalam polemik masyarakat itu, saya minta nanti Dr. Mohd Azam Ahmad (Ketua Pengarah Pendidikan) akan memberikan pandangan dan ahli-ahli majlis penasihat itu nanti akan membincangkan.

“Dan laporan kaji selidik dan apa sahaja keputusan itu, kita akan serahkan kepada ahli Kabinet untuk dibuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Pendidikan di sini tadi.

Untuk rekod, UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM mengaktifkan semula MPPK tahun ini berikutan peranan kritikal majlis itu khususnya dalam memberikan pandangan dan idea dalam konteks profesional namun tetap berpaksikan pendidikan.

Katanya, MPPK juga akan menjadi wadah pemikir strategik KPM terutamanya dalam menavigasi cabaran pendidikan masa hadapan.

Dalam perkembangan sama, Fadhlina berkata, KPM juga akan terus bergerak maju tahun ini dengan mengutamakan keperluan rakyat dan pelajar seterusnya memberi kesan positif pada ekosistem pendidikan negara.

“Jadi secara keseluruhannya kita akan bergerak dengan lebih kemas pada tahun ini dengan mengutamakan keutamaan dan juga hasrat rakyat seterusnya memberikan kesan langsung kepada keseluruhan ekosistem pendidikan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Miskin Tetapi Kahwin, Itu Jenayah Terbesar Kaum Lelaki’

0
JANGAN terkejut dengan sokongan pelakon Aedy Ashraf terhadap pandangan seorang netizen mengenai keupayaan seorang lelaki sebelum mendirikan rumah tangga. Pelakon berdua 32 tahun itu bersetuju...

CATEGORIES