Tuesday, January 13, 2026
HomeBERITAHujan Lebat Lagi Mulai Jumaat, Tidak Sebanyak Minggu Lalu

Hujan Lebat Lagi Mulai Jumaat, Tidak Sebanyak Minggu Lalu

PETALING JAYA – Amaran Hujan Berterusan tahap waspada yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melibatkan beberapa kawasan di Pantai Timur, Johor, Sabah dan Sarawak bermula Jumaat ini dijangka tidak sebanyak seperti episod terdahulu.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, dalam masa sama orang ramai juga diminta untuk merujuk maklumat terkini dikeluarkan oleh MetMalaysia.

“Berdasarkan maklumat terkini, hujan yang bakal datang tidak sebanyak episod terdahulu. Mohon orang ramai dapatkan maklumat terkini daripada MetMalaysia,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung gelombang kedua banjir rentetan perkongsian orang ramai tentang perkara tersebut menerusi media sosial.

Terdahulu, MetMalaysi dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu, Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dalam tempoh Sabtu hingga Ahad ini.

Selain itu, keadaan sama turut berisiko melanda Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu dalam tempoh Ahad hingga Isnin.

Tambah MetMalaysia, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah membabitkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dalam tempoh Jumaat hingga Sabtu ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Keluarkan Barang Bukan Membabi Buta, Itu Nasihat Daripada Peguam’

0
SHAH ALAM – Penyanyi sensasi Nubhan mengakui memiliki alasan yang kukuh mengapa dirinya bertindak mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya, Dr Afifah dari kediamannya baru-baru...

CATEGORIES