Friday, April 17, 2026
HomeHIBURAN“Pujuk Tak Menjamin Apa-Apa Untuk Orang Yang Dah Berkali-Kali Sakit” - Isteri...

“Pujuk Tak Menjamin Apa-Apa Untuk Orang Yang Dah Berkali-Kali Sakit” – Isteri Haqiem Stopa

Isteri kepada pempengaruh, Haqiem Stopa iaitu Aireena Sofea seakan memberi bayangan bahawa dirinya nekad untuk meneruskan perceraian dengan suami.

Menerusi ciapan di Threads, Aireena yang mesra disapa Jane memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat demi masa depan dirinya dan anak.

“Pujuk tak menjaminkan apa-apa untuk orang yang dah berkali kali sakit.

“Tak kesian kat anak? Ya kesian tapi sebab fikir anak dan fikir diri sendiri la aku macam ni,” kongsinya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat memutuskan Aireena dan Haqiem untuk melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Kedua-dua pihak diarahkan melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan hadir pada 13 Januari ini.

Keputusan itu dibuat selepas Haqiem atau nama lengkapnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar tidak bersetuju untuk dengan tuntutan cerai yang difailkan oleh Aireena pada 6 November lalu.

Sebelum ini, Aireena mendakwa suaminya itu berlaku curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, Haqiem enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.

Sekadar info, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.

Sumber – Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Global Sumud Flotilla 2.0 Aktifkan ‘Live Tracker

0
PETALING JAYA – Pergerakan Global Sumud Flotilla yang kini dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengumumkan sistem penjejak masa nyata (live tracker) mereka...

CATEGORIES