Saturday, August 29, 2026
HomeHIBURANLepas Tiga Tahun Usaha Dapatkan Zuriat, Elizabeth Tan Jalani IVF

Lepas Tiga Tahun Usaha Dapatkan Zuriat, Elizabeth Tan Jalani IVF

PETALING JAYA: Penyanyi, Elizabeth Tan memohon doa orang ramai agar dia berjaya melalui proses persenyawaan in-vitro (IVF).

Menurut Elizabeth atau Lizzy, dia bersama suaminya, Dr. Siew Jim Ding membuat keputusan itu sebagai ikhtiar untuk menimang zuriat selepas tiga tahun mencuba.

“Hari ini saya di pusat IVF. Saya rasa sudah tiba masanya setelah tiga tahun kami berusaha untuk dapatkan zuriat. Jadi kita bekukan telur saya,” katanya menerusi sebuah video di Instagram.

Mengakui gemuruh menjalani proses tersebut, penyanyi lagu Knock Knock itu dilihat teruja untuk melalui perjalanan IVF bersama suami tercinta.

“Jangan tanya saya gementar atau tidak. Sudah tentu saya gementar. Tapi prosesnya sangat mudah. Suami saya seorang yang sangat menyokong,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut dihujani doa dari peminat dan rakan selebriti yang berharap agar proses IVF yang dijalani penyanyi itu dipermudahkan.

Untuk info, Lizzy dan Jim telah mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pelakon Suara Optimus Prime , Peter Cullen Meninggal Dunia

0
LOS ANGELES - Pelakon suara di sebalik watak ikonik Optimus Prime dalam francais Transformers, Peter Cullen dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun. Ejen pelakon...

CATEGORIES