Friday, August 28, 2026
HomeLUAR NEGARAPelakon Suara Optimus Prime , Peter Cullen Meninggal Dunia

Pelakon Suara Optimus Prime , Peter Cullen Meninggal Dunia

LOS ANGELES – Pelakon suara di sebalik watak ikonik Optimus Prime dalam francais Transformers, Peter Cullen dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Ejen pelakon suara legenda itu memaklumkan portal hiburan itu bahawa Peter menghembuskan nafas terakhir pada di kediamannya di sini, semalam. Namun, punca kematian mendiang Cullen masih belum diketahui.

Keluarga mendiang Cullen memberitahu menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga dengan tenang.

“Peter Cullen pergi dengan tenang, dikelilingi keluarga tercinta dan sentiasa kekal di hati rakan-rakan serta peminat di seluruh dunia.

“Pihak keluarga meminta anda menghormati peninggalan legasi luar biasanya dengan berbakti kepada komuniti serta memimpin orang lain dengan belas kasihan, integriti dan kesetiaan.

“Sentiasa ingat pesanan jadilah individu yang cukup kuat untuk berlemah lembut,” kata wakil keluarga mendiang Cullen.

Mendiang Cullen meminjamkan suaranya untuk ketua Autobots, Optimus Prime bagi siri televisyen (TV) animasi asal Transformers pada era 1980-an. Beliau kembali menggalas tanggungjawab sama bagi siri francais filem arahan Michael Bay itu.

Dalam filem pertama Transformers, mendiang Cullen menyampaikan ucapan ikonik sebagai Optimus Prime pada babak akhir.

Mendiang Cullen juga terkenal dengan sumbangan suaranya untuk watak Predator dalam filem Predator pada 1987.

Selain itu, Cullen menggalas peranan suara Eeyore dalam Winnie The Pooh, Monterey Jack dalam Chip’n Dale Rescue Rangers, KARR dalam Knight Rider dan banyak watak lagi.

Mendiang Cullen juga pernah menjadi suara latar Mario menerusi siri animasi asal Donkey Kong pada era 1980-an.

Sumber – Berita Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Majlis Pelancaran Modul Integriti Kanak-Kanak (MIKa)

0
KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat mencemar...

CATEGORIES