Thursday, October 22, 2026
HomeBERITAUlar Sawa Batik 70kg Menyorok Dalam Reban Ayam

Ular Sawa Batik 70kg Menyorok Dalam Reban Ayam

BALING – Bunyi ayam yang tiba-tiba riuh di sebuah reban mengejutkan penduduk Kampung Teluk Sungai Durian sebelum seekor ular sawa batik sepanjang enam meter ditemukan di kawasan berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.48 malam tadi.

Sepasukan anggota APM Baling yang diketuai Mohd Radzi Said bersama tiga anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Seekor ular sawa dengan anggaran berat 70 kilogram dapat ditangkap.

“Operasi tamat jam 10.23 malam dan reptilia itu kemudiannya diserahkan kepada PERHILITAN Daerah Baling,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Faizol berkata, APM Daerah Baling menasihatkan orang awam agar tidak menghampiri atau cuba menangkap sendiri haiwan liar yang ditemui, khususnya reptilia seperti ular yang bersaiz besar.

Sumber – Berita Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

5 Kesan Positif dan Negatif Media Sosial

0
Media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok kini menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat. Platform ini memudahkan komunikasi, perkongsian maklumat dan interaksi antara pengguna di...

CATEGORIES