Monday, July 27, 2026
HomeBERITAGempar Jumpa Rangka Manusia Di Pantai Batu Burok 2

Gempar Jumpa Rangka Manusia Di Pantai Batu Burok 2

KUALA TERENGGANU – Pengunjung Pantai Batu Burok 2 di sini gempar dengan penemuan serpihan tulang dipercayai rangka manusia pada malam tadi.

Penemuan serpihan tulang terbabit dimaklumkan kepada pihak berkuasa pada pukul 10.10 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pemeriksaan mendapati serpihan tulang disyaki rangka manusia berkenaan ditemui dalam kawasan semak berhampiran longkang di belakang sebuah kuarters agensi kerajaan yang tidak berpenghuni.

“Setakat ini, sebanyak 34 ketulan dan serpihan tulang telah ditemui dan dikumpulkan untuk siasatan lanjut.

“Kawasan penemuan hanya kira-kira 40 meter dari gigi pantai dan agak gelap kerana tiada pencahayaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dengan bantuan Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu sedang melakukan siasatan lanjut di lokasi penemuan.

Beliau berkata, siasatan termasuk mengenalpasti sama ada lokasi tersebut merupakan kawasan perkuburan lama atau persendirian.

“Tulang yang telah dikumpulkan itu akan dihantar ke Unit Patologi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Jabatan Kimia Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES