Saturday, May 30, 2026
HomeBERITAGagal Seludup Haiwan Eksotik Bernilai RM302,500 di Sempadan

Gagal Seludup Haiwan Eksotik Bernilai RM302,500 di Sempadan

TUMPAT – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan haiwan eksotik seperti ular, cicak jenis Spiny Tailer Monitor dan kura-kura dipercayai dari Thailand bernilai RM302,500 dalam serbuan di Kampung Mentua, Pengkalan Kubor di sini pada Khamis.

Rampasan jam 6.30 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota PGA selepas ternampak beberapa orang dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok, di sini semasa melaksanakan rondaan Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara, Senior Assisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid bagaimanapun berkata, semasa serbuan dibuat semua suspek telah melarikan diri.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih lima ekor cicak jenis Spiny Tailer Monitor, kura-kura (9) dan pelbagai jenis ular 70 ekor.

“Haiwan reptilia hidup ini dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan. Kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan 2 60(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

“Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Beliau memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES