Monday, May 11, 2026
HomeSUKANNicolo Barella Jadi Sasaran Empat Pasukan Gergasi Eropah

Nicolo Barella Jadi Sasaran Empat Pasukan Gergasi Eropah

ROM – Inter Milan berdepan kesukaran untuk mengekalkan khidmat pemain tengah mereka, Nicolo Barella selepas empat pasukan gergasi Eropah memantau secara dekat perkembangannya.

Dua pasukan dari England, Manchester City dan Liverpool serta dua kelab La Liga, Real Madrid dan Atletico Madrid mula menunjukkan minat yang mendalam terhadap kualiti yang dimiliki Barella.

Lebih menyukarkan Inter ketika ini adalah isu kewangan menyebabkan mereka mungkin meletakkan Barella sebagai salah satu aset yang boleh dijual dengan harga yang tinggi dan mampu memulihkan struktur kewangan kelab.

Reputasi pemain berusia 27 tahun itu cukup memuncak terutama ketika dia berjaya membayangi aksi cemerlang Rodri ketika Inter menentang City pada aksi Liga Juara-Juara sebelum ini.

Barella ketika ini masih memiliki kontrak sehingga 2029 menyebabkan Inter memiliki kelebihan untuk mengawal masa depannya dan apa yang pasti khidmatnya tidak akan dilepaskan dengan harga yang murah.

Inter dilapor meletakkan tanda harga sehingga €90 juta (RM420.35 juta) sekali gus membuatkan keempat-empat pasukan perlu membuat perkiraan yang benar-benar terperinci, namun memiliki keupayaan untuk membuat tawaran.

Real melihat Barella sebagai pemain yang berpotensi besar untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Toni Kroos, manakala Atletico pula melihat pemain antarabangsa itu sebagai pelengkap kekuatan mereka di bahagian tengah.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Dari Kecil Anak-Anak Kena Tahu Cara Lindungi Diri’ – Zahirah Macwilson

0
DUA figura popular, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sering menjadi perhatian peminat bukan sahaja kerana bakat lakonan, malah personaliti mereka yang dianggap mempunyai...

CATEGORIES