Tuesday, May 26, 2026
HomeBERITAGanjaran Besar, Puasa Arafah Hapus Dosa Dua Tahun

Ganjaran Besar, Puasa Arafah Hapus Dosa Dua Tahun

PETALING JAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengingatkan umat Islam agar tidak memandang ringan amalan puasa sunat Arafah yang disifatkan mempunyai ganjaran amat besar di sisi Allah SWT.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata, puasa pada Hari Arafah mampu menjadi asbab penghapusan dosa serta mengangkat darjat seseorang Muslim.

Menurutnya, perkara itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah mengenai kelebihan puasa Arafah.

“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang,” katanya.

Beliau turut berkongsi penjelasan Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadis berkenaan yang menjelaskan penghapusan dosa itu merujuk kepada dosa-dosa kecil.

Katanya, dosa besar pula tidak akan terhapus melainkan dengan taubat yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT.

“Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai dosa-dosa kecil, maka diharapkan Allah meringankan dosa-dosa besarnya.

“Jika dia juga tidak mempunyai dosa-dosa besar, maka diangkat baginya beberapa darjat,” katanya.

Tambahnya, umat Islam tidak seharusnya memandang remeh amalan yang kelihatan kecil kerana boleh jadi amalan tersebut menjadi sebab seseorang mendapat keampunan dan keberkatan hidup.

“Sehari berpuasa, tetapi ganjarannya melangkaui hitungan setahun.

“Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk berpuasa pada Hari Arafah dan menerima segala amalan kita,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Adik Perempuan Untuk Lunara, ’Good Luck’ Daddy – Intan Najuwa

0
PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa mengumumkan jantina anak keduanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi merupakan bayi perempuan. Intan atau nama penuhnya Intan...

CATEGORIES