Tuesday, May 26, 2026
HomeHIBURANAdik Perempuan Untuk Lunara, ’Good Luck’ Daddy - Intan Najuwa

Adik Perempuan Untuk Lunara, ’Good Luck’ Daddy – Intan Najuwa

PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa mengumumkan jantina anak keduanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi merupakan bayi perempuan.

Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata, dia merasakan dirinya sudah ditakdirkan menjadi ibu kepada anak perempuan.

“Saya rasa seperti dilahirkan untuk menjadi ibu kepada anak perempuan.

“Seorang lagi puteri akan hadir dalam hidup kami dan hati ini sangat bahagia.

“Saya seorang yang sangat menyukai semua perkara tentang bayi perempuan termasuk warna merah jambu, reben, dres dan sekarang akan melakukannya sekali lagi,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Dia juga memberi bayangan akan melahirkan anak kedua di antara sekitar penghujung bulan Julai atau Ogos nanti selain tidar sabar untuk melakukan pelbagai persiapan menyambut kelahiran bayinya.

“Selamat berjaya daddy, seorang lagi anak perempuan akan hadir dalam keluarga. Lebih ramai ‘mini saya’ dan anak ini akan lahir dengan horoskop Leo seperti saya.

“Adik perempuan untuk Lunara dan sejujurnya saya sangat gembira.

“Tidak sabar untuk menghias bilik, beli-belah barangan bayi perempuan dan melihat Lunara menjadi kakak yang sangat manis,” ujarnya.

Terdahulu, sekitar Februari lalu Intan mengumumkan bakal menimang zuriat yang kedua menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Imane Lunara pada 15 Disember 2024.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Rindu Haji, Nak Buat Dengan Suami, Anak-Anak’ – Neelofa

0
PETALING JAYA – Rindu yang tidak berkesudahan, selebriti juga usahawan popular, Neelofa menzahirkan keinginan untuk kembali ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima...

CATEGORIES