Tuesday, May 26, 2026
HomeHIBURAN'Rindu Haji, Nak Buat Dengan Suami, Anak-Anak' – Neelofa

‘Rindu Haji, Nak Buat Dengan Suami, Anak-Anak’ – Neelofa

PETALING JAYA – Rindu yang tidak berkesudahan, selebriti juga usahawan popular, Neelofa menzahirkan keinginan untuk kembali ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima bersama suami, Haris Ismail serta dua anak lelakinya.

Menurut pemilik nama penuh Noor Neelofa Moha Noor, 36, itu, dia tidak kisah untuk mengerjakan ibadah haji banyak kali selagi dipilih Allah SWT untuk ke sana.

“Rindu haji. Nak buat banyak kali kalau Allah beri rezeki dan jemput.

“Hendak buat haji dgn suami, Bilal, Abbas, Bilal, mama, daddy, ibu dan ayah mentua,” katanya dalam satu hantaran InstaStory

Katanya, keiinginan tersebut tidak pernah terpadam dari doanya setiap hari.

“Sentiasa terselit dalam doa-doaku.

“Moga Allah kabulkan dengan kesempurnaan-Nya,” katanya lagi.

Menerusi perkongsian lain, dia juga turut beberapa foto momen indahnya ketika menunaikan haji beberapa tahun lalu.

Sebelum ini, bekas pengacara MeleTop itu pernah menunaikan haji bersama beberapa ahli keluarga pada 2019.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Malang Nasib Wanita Kalau Dapat Pasangan Narsisistik’ – Syifa Melvin

0
PETALING JAYA – Ibarat mencatur nasib, pelakon Syifa Melvin menegaskan risiko besar menanti wanita sekiranya tersalah memilih pasangan hidup, khususnya melibatkan individu berdepan gangguan...

CATEGORIES