Saturday, May 23, 2026
HomeBERITAPLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Persekolahan Dan Perayaan Berganda

PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Persekolahan Dan Perayaan Berganda

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan aliran trafik di seluruh rangkaian lebuh raya termasuk di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) meningkat hingga 2.2 juta kenderaan sehari sepanjang musim cuti pertengahan tahun persekolahan dan sambutan beberapa perayaan utama bermula esok hingga 7 Jun ini.

Peningkatan trafik itu dijangka berlaku susulan cuti berganda yang merangkumi sambutan Aidiladha, Wesak dan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh sama.

PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pula dijangka menerima hingga 50,000 kenderaan sehari pada hari-hari puncak.

Menurut kenyataan itu, aliran trafik keluar dari Lembah Klang dijangka memuncak pada 22, 23, 26, 28, 29, 30 dan 31 Mei, manakala perjalanan pulang ke Lembah Klang dijangka tertumpu pada 4 hingga 7 Jun.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan risiko terperangkap dalam kesesakan, selain mengikuti jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA menerusi aplikasi PLUS.

Bagi menghadapi lonjakan jumlah kenderaan itu, PLUS memaklumkan pelbagai langkah sudah diambil termasuk mengaktifkan Smart Lane di 33 lokasi tumpuan trafik bagi meningkatkan kapasiti lorong.

Selain itu, lebih 500 anggota PLUSRonda dan LPT2Ronda akan ditugaskan menjalankan rondaan selama 24 jam sehari, selain operasi plaza tol dioptimumkan dengan pembukaan semua lorong dan pemantauan trafik masa nyata melalui Pusat Pemantauan Trafik (TMC).

PLUS turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta agensi berkaitan bagi memastikan aliran trafik lebih lancar dan keselamatan pengguna terus terjamin.

Pengguna juga diingatkan supaya memastikan baki Touch ‘n Go atau eWallet mencukupi serta memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kawan-Kawan Dapat 3/4 Tawaran Sebulan, Saya Pula 1 Sahaja’ – Fadhli...

0
PETALING JAYA – Tidak lebat tawaran lakonan seperti aktor lain, pelakon Fadhli Masoot tetap bersyukur apabila rezeki seni hadir tanpa putus walaupun wajahnya jarang...

CATEGORIES