Saturday, May 23, 2026
HomeHIBURANErysha Emyra Mohon Doa, Bapa Kritikal Di ICU

Erysha Emyra Mohon Doa, Bapa Kritikal Di ICU

KUALA LUMPUR: “Hanya kuasa keajaiban Allah SWT sahaja yang mampu mengubah nasib kami.”

Demikian luahan sayu pelakon, Erysha Emyra yang memohon doa orang ramai selepas bapanya, Zakaria Abdul Rahman dilapor berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital.

Erysha atau nama sebenar, Nur Erysha Emyra Zakaria, 26, berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), malam tadi.

“Kepada semua yang mengenali ayah saya dan semua kawan-kawan, saya minta jasa baik semua untuk sedekahkan al-Fatihah buat ayah saya, Zakaria Abdul Rahman.

“Ayah saya sekarang berada dalam keadaan kritikal di wad ICU,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu turut menzahirkan harapan yang tinggi agar bapanya terus kuat berjuang melawan penyakit yang dihadapi ketika ini.

“Please be strong, Daddy. I need you more than words could ever say (Tolong kuat, Daddy. Saya perlukan Daddy lebih daripada apa yang mampu diungkapkan dengan kata-kata),” kongsinya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kawan-Kawan Dapat 3/4 Tawaran Sebulan, Saya Pula 1 Sahaja’ – Fadhli...

0
PETALING JAYA – Tidak lebat tawaran lakonan seperti aktor lain, pelakon Fadhli Masoot tetap bersyukur apabila rezeki seni hadir tanpa putus walaupun wajahnya jarang...

CATEGORIES