Wednesday, May 20, 2026
HomeSUKANSelepas Dua Dekad Kemarau, Arsenal Bergelar Juara PL 2025/26

Selepas Dua Dekad Kemarau, Arsenal Bergelar Juara PL 2025/26

ARSENAL akhirnya menamatkan penantian panjang selama 22 tahun untuk kembali menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pencabar utama, Manchester City sekadar seri 1-1 menentang AFC Bournemouth, awal pagi tadi.

Keputusan itu mengesahkan Arsenal sebagai juara EPL buat kali pertama sejak era “Invincibles” kendalian Arsène Wenger pada musim 2003/2004.

Kejayaan bersejarah itu turut melengkapkan transformasi luar biasa dibawa pengendali dari Sepanyol, Mikel Arteta yang berjaya mengubah Arsenal daripada pasukan pencabar kepada juara sejak mengambil alih pasukan pada Disember 2019 menggantikan Unai Emery.

Sebelum ini, Arsenal terpaksa berpuas hati muncul naib juara dalam tiga musim berturut-turut, malah mereka hampir dikejar City selepas tewas di Stadium Etihad pada April lalu sehingga kelebihan sembilan mata semakin mengecil.

Bagaimanapun, skuad The Gunners kekal tenang dalam lima aksi terakhir musim ini apabila memenangi empat perlawanan berturut-turut tanpa dibolosi, termasuk kemenangan 1-0 ke atas Burnley FC.

Pada masa sama, City gagal mengekalkan konsistensi apabila tercicir mata ketika seri menentang Everton FC sebelum keputusan terbaru di Bournemouth menutup terus peluang mereka mempertahankan kejuaraan.

Ribuan penyokong Arsenal dilaporkan mula berkumpul di sekitar Stadium Emirates sejurus tamat aksi City menentang Bournemouth sebelum meraikan kejayaan penuh emosi itu di jalanan London.

Arsenal dijadual menerima trofi EPL selepas aksi terakhir menentang Crystal Palace FC di Selhurst Park, Ahad ini.

Kejayaan domestik itu turut membuka peluang buat Arteta untuk melengkapkan musim gemilang apabila Arsenal bakal berdepan Paris Saint-Germain FC dalam final Liga Juara-Juara Eropah pada 30 Mei nanti.

Jika berjaya muncul juara Eropah, Arsenal akan menjadi kelab Inggeris keenam mencipta kejayaan berganda menjuarai liga domestik dan Liga Juara-Juara dalam musim sama.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Urat Malu Saya Dah Putus, Sekarang Lebih Berani’ – Hussain

0
SHAH ALAM – Peserta program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Hussain tampil menafikan dakwaan liar yang menuduh pengurusnya sukar memberikan kerjasama sepanjang...

CATEGORIES